Kim Pan-gon Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya
Dunia
Advertisements

Dalam satu sesi sidang media di Petaling Jaya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang mengumumkan perletakan jawatanya pada 3 Januari 2022 selepas mencapai kata sepakat dengan pihak FAM.

Kim Pan-gon akan membawa bersama 4 jurulatih dari Korea Selatan dan barisan jurulatih ini diberikan kontrak 2+2 tahun.

Advertisements

Menurut Datuk Hamidin, FAM menerima banyak tawaran dari jurulatih seluruh dunia namun pihak FAM menetapkan beberapa ciri yang diperlukan sebagai syarat antaranya adalah bakal jurulatih mestilah seorang yang memahami budaya bola sepak Malaysia.

“Antara ciri-ciri yang kita tetapkan adalah pemahamannya terhadap bola sepak Malaysia, mesti ada lesen dan ada standard, jaringan antarabangsa dan dia tahu siapa musuh Malaysia.”

Jurulatih berusia 53 tahun ini berpengalaman mengendalikan beberapa pasukan Liga Korea selain merupakan Ketua Jurulatih buat pasukan kebangsaan Hong Kong pada tahun 2009 – 2010 dan 2012 – 2017.

Advertisements

Kim Pan-gon bakal ditemani oleh 4 penolongnya iaitu; penolong jurulatih & teknikal, jurulatih fizikal, jurulatih penjaga gawang dan penganalisis.

Barisan jurulatih baru ini bakal tiba di Malaysia pada bulan Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram