Advertisement

Follow us:

Tindakan Sanrawat Dechmitr ‘Kungfu’ Saddil Ramdani Dipersoal

Sanrawat Dechmitr Saddil Ramdani Main Stand Thailand Tindakan Sanrawat Dechmitr 'Kungfu' Saddil Ramdani Dipersoal
Main Stand Thailand
Azim Noor
@mohdazim45
10:02am 31/12/2022
Pivo

Beberapa hari lepas, Thailand berjaya pulang dari Gelora Bung Karno dengan satu mata walaupun dipaksa bermain dengan 10 orang dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Piala AFF 2022. Tetapi tindakan pemain tengah Sanrawat Dechmitr menerjah keras Saddil Ramdani dalam perlawanan tersebut mengundang persoalan sama ada dia patut kembali ke Gajah Perang atau tidak.

Persoalan ini dibangkitkan pemilik akaun Twitter All Things Thai Football bila mengulas insiden tersebut. Ini kerana kecenderungannya melakukan terjahan keras sehingga dilayangkan kad merah dianggap tidak matang walaupun sudah berusia 33 tahun.

Jika keadaan ini berterusan, maka Sanrawat dianggap beban kepada pasukan dan tidak sepatutnya dipanggil lagi ke skuad Gajah Perang yang dibimbing Mano Polking.

Dalam perlawanan tersebut, Sanrawat masuk sebagai pemain gantian menggantikan Channarong Promsrikaew pada babak kedua. Tetapi pemain tengah yang dipinjamkan ke Kedah musim lepas itu kelam-kabut apabila bola dilarikan Saddil untuk menggerakkan serangan balas Indonesia.

Ini memaksa Sanrawat membuat terjahan bagi menghalang kemaraan bekas pemain import Sabah itu. Tetapi terjahannya yang terlampau tinggi mengenai lutut dan peha Saddil mengakibatkan pengadil melayangkan kad merah kepadanya pada minit ke-62.

Bekas pemain tengah BEC Tero Sasana itu bernasib baik kesilapannya itu tidak membawa kepada kekalahan Thailand. Sarach Yooyen muncul wira dengan meledakkan gol cantik bagi mengikat Indonesia 1-1.

Dengan dia kini berdepan penggantungan satu perlawanan, ia boleh saja dilanjutkan oleh Jawatankuasa Disiplin AFF selepas meneliti laporan pengadil perlawanan. Ini menyebabkan Sanrawat berpotensi terlepas peluang beraksi di separuh akhir atau final Piala AFF 2022 jika dikenakan penggantungan melebihi tiga perlawanan.