“Tinggal Kenangan” – Piya
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Lagenda bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau mesra dikenali sebagai Piya sedih dengan keadaan yang menimpa TRW Kelantan FC.

Nasib kelab gergasi Pantai Timur itu terus malang selepas tidak mampu untuk bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro bagi musim 2024/25.

Ad

The Red Warriors gagal melengkapkan senarai minimum 20 orang pemain untuk kekal bersaing dalam kancah Liga Malaysia.

Ad

Menerusi satu hantaran oleh Piya di laman Instagram, beliau kelihatan telah hilang segala kata-kata melihat nasib pasukan kesayangannya yang telah terkubur.

Hantaran tersebut juga memaparkan zaman kegemilangan Kelantan yang diwakilinya satu ketika dahulu dengan lagenda lain seperi Nor Farhan, Indra Putra, Daudsu, Nik Shahrul Azim dan lain-lain.

Ad

“Tinggal kenangan,” ujar Piya pada hantaran tersebut.

Ad

TRW Kelantan yang menjadi mangsa belasahan oleh pasukan di Liga Super musim lalu dengan sebahagian besar pemain telah berhijrah ke pasukan lain.

Ad

Tempoh masa lanjutan pendaftaran pemain telah diberikan oleh Amateur Football League (AFL) namun masih gagal dipenuhi oleh pihak pengurusan Kelantan FC.

Sebelum ini, Piya turut menggesa agar pihak pengurusan TRW Kelantan FC melepaskan pasukan sekiranya tidak lagi mampu untuk memikul tanggungjawab besar tersebut.