Piya Minta Pengurusan Kelantan Undur Diri
Liga Super
Instagram/Mohd Badhri Razi
Advertisements

Bekas kapten pasukan Kelantan FC, Mohd Badhri Radzi meminta pengurusan pasukan itu untuk berundur sekiranya merasakan sudah tidak mampu mengendalikan Kelantan.

Badhri yang mesra dikenali sebagai Piya berpandangan sedemikian berikutan tiga kekalahan besar yang dialami The Red Warriors baru-baru ini. Ini termasuk kekalahan 11-2 di tangan Selangor FC pada minggu lepas.

Piya melihat siri kekalahan besar ini seolah-olah menggambarkan skuad Kijang sedang berdepan masalah dalaman yang serius.

Advertisements

“Saya faham kalah dan menang adalah adat perlawanan namun sepanjang beraksi bersama Kelantan FC tidak pernah pasukan mengalami kekalahan yang sangat memalukan apabila tewas 2-11 kepada lawan.

“Kalau tak mampu bawa Kelantan FC tolonglah angkat kaki dan balik. Pada saya, kekalahan memalukan ini sebenarnya memberi gambaran bahawa sudah pastinya ada masalah dalam membelenggu pasukan.

Advertisements

“Kita pun tahu semua pihak terutamanya penyokong Kelantan FC mahukan kemenangan namun jika kalah pun janganlah sampai mengaibkan pasukan,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Mengikut statistik ketika ini, The Red Warriors dibolosi 106 gol dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Selain itu, Kelantan juga turut memecahkan rekod PDRM untuk rekod bolos paling banyak dalam Liga Super dengan 87 gol berbanding 75 gol yang direkodkan mereka pada 2009.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram