Tiru Cara TMJ, Beliau Telah Tunjukkan Cara Yang Betul Urus Kelab Bolasepak – Norfarhan
Liga Super
MakanBola
Advertisements

Bekas penyerang Kelantan dan skuad kebangsaan, Norfarhan Muhammad tanpa berselindung menyatakan rasa kagumnya terhadap ketokohan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada kelab itu.

TMJ menerajui JDT bermula 2013 dan sejak itu telah menjadikan kelab itu sebagai lambang kemegahan bolasepak tanah air dengan pencapaian-pencapaian hebat, termasuklah yang terbaru muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Advertisements

Walaupun tidak pernah berpeluang untuk menyarung jersi Harimau Selatan sepanjang kariernya di sebalik dua kali ditawarkan peluang tersebut, Norfarhan yang sinonim dengan gelaran Ben10 berkata TMJ telah menunjukkan kepada semua cara yang betul untuk menguruskan sebuah kelab bolasepak.

“Memang itu antara hajat saya yang tidak kesampaian sepanjang bergelar pemain bolasepak (bermain dengan JDT). Pemain-pemain yang mereka beli semua hebat-hebat, siapapun mahu jadi sebahagian daripada pasukan itu.

Advertisements

“Saya sebenarnya betul-betul kagum dengan TMJ, sangat respek dengan beliau. Tengok lah JDT sekarang, selepas TMJ pegang, lihat kebangkitan mereka, berapa banyak piala dah menang. Sebenarnya itulah cara yang betul uruskan sebuah pasukan bolasepak.

“Saya harap pasukan lain pun boleh mengikut dan tiru cara JDT, liga kita perlukan lebih banyak pasukan seperti JDT. Pengurusan yang tip-top dan sangat-sangat profesional,” kata Norfarhan dalam sesi temubual bersama MakanBola bersempena Hari Sukan Negara, dikelolakan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.

Advertisements

Dalam temubual yang sama, Norfarhan membuat pendedahan bahawa beliau telah menandatangani kontrak bersama JDT pada 2014 tetapi tidak jadi bermain dengan mereka kerana masalah peribadi.

“Saya sudah tandatangani (kontrak) bersama JDT pada 2014 namun oleh kerana masalah keluarga, kesihatan arwah ayah saya tidak mengizinkan.

Advertisements

“Saya bercakap secara gentle bersama TMJ pada ketika itu. TMJ ini seorang yang cukup baik, seorang yang cukup-cukup memahami. Saya direct dengan TMJ pada waktu itu… TMJ bersetuju (selepas mendengar penjelasan) untuk melepaskan saya.

“Pada tahun 2014 itu juga, arwah papa saya pergi (meninggal dunia)… saya rasa lega, saya ada ketika arwah papa tidak ada (sedang sakit tenat),” ujarnya.

Advertisements

Sebagai rekod, Norfarhan yang ketika ini berusia 37 tahun sudahpun menggantung but dengan UKM FC adalah pasukan terakhir diwakilinya pada 2020.

Namanya meletup ketika menjadi tonggak zaman kegemilangan Kelantan, di mana dia menghadiahkan skuad The Red Warriors satu trofi Liga Super (2012), dua trofi Piala FA (2012, 2013) dan dua trofi Piala Malaysia (2010, 2012).

Advertisements

Malah, kemenangan 1-0 ke atas JDT dalam aksi final Piala FA 2013 adalah menerusi jaringan tunggal Norfarhan, di mana ia menjadi trofi terakhir dimenangi Kelantan sehingga ke saat ini.

News Comments Account