“TMJ Ini Seorang Yang Cukup Baik, Seorang Yang Cukup-cukup Memahami” – Nor Farhan Muhammad
Dunia
MakanBola
Advertisements

Bekas bintang pasukan Terengganu dan Kelantan, Nor Farhan Muhammad akui beliau sebelum ini pernah ditawarkan kontrak beraksi bersama JDT namun terpaksa membatalkan hasratnya kerana masalah peribadi.

“Saya memang pernah ditawarkan (kontrak) oleh JDT pada tahun 2014 malahan saya juga sudah tandatangani (kontrak) bersama JDT namun oleh kerana masalah keluarga, kesihatan arwah ayah saya tidak mengizinkan.”

Beliau turut berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) kerana memahami tentang masalah yang sedang dihadapinya pada waktu tersebut.

Advertisements

“Saya bercakap secara gentle bersama TMJ pada ketika itu. TMJ ini seorang yang cukup baik, seorang yang cukup-cukup memahami. Saya direct dengan TMJ pada waktu itu.

“..TMJ bersetuju (selepas mendengar penjelasan) untuk melepaskan saya. Pada tahun 2014 itu juga, arwah papa saya pergi (meninggal dunia).

“..Saya rasa lega, saya ada ketika arwah papa tidak ada (sedang sakit tenat),” jelas Nor Farhan kepada MakanBola semasa sesi berborak Hari Sukan Negara anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah secara penstriman maya di MakanBola.

Advertisements

Nor Farhan juga akui setahun kemudian dia sekali lagi ditawarkan kontrak untuk sertai JDT namun keadaan masih lagi tidak mengizinkan kerana beliau mengalami kecederaan yang memerlukan tempoh yang lama untuk pulih.

Nor Farhan sebelum ini beraksi bersama pasukan PDRM, Terengganu dan Kelantan dan kini beliau berniaga secara kecil-kecilan disamping menjadi jurulatih sambilan untuk bola sepak akademi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram