TMJ Beri Bayangan Falcao Bakal Sertai JDT
Liga Super
MakanBola
@HRHJohorII
Advertisements

Musim ini, banyak pasukan gerun dengan jentera serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) terutama selepas menyumbat 37 gol dalam sembilan perlawanan Liga Super. Dan hari ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim memberi bayangan bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao bakal menyertai Harimau Selatan.

Dalam satu ciapan baginda di Twitter, baginda hanya menulis, “See you very soon JDT31 (Jumpa anda tidak lama lagi JDT31).” Dalam hantaran sama, Tunku Ismail turut menyebut akaun Twitter Falcao dan ejen bola sepak antarabangsa Morris Pagniello.

Advertisements

Tidak mustahil agenda mendapatkan Falcao merupakan sebahagian daripada perbincangan antara Tunku Ismail dengan Pagniello semalam. Ini kerana semalam baginda menerima lawatan Pagniello dan rakan pengasas Racing City Group, Naser Al Tamimi.

Menariknya, Pagniello turut mengulangciap hantaran Tunku Ismail di akaun Twitter peribadinya lebih sejam yang lalu.

Advertisements

Ini menimbulkan keterujaan dalam kalangan penyokong Harimau Selatan berkenaan prospek bekas penyerang Atletico Madrid itu menyertai kelab mereka. Selain United dan Atletico Madrid, Falcao juga pernah mewakili Chelsea, AS Monaco, Porto, Galatasaray dan Rayo Vallecano.

Advertisements

JDT masih mempunyai baki satu kuota import untuk diisi. Sekiranya Falcao sah menyertai Harimau Selatan, beliau perlu bersaing dengan Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo untuk slot bahagian serangan.

News Comments Account