TMJ Terima Kunjungan Racing City Group
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat domestik dan antarabangsa, tidak hairanlah ramai pihak mahu bekerjasama dengan pasukan berkenaan. Hari ini, pemilik pasukan merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan dua pengasas Racing City Group (RCG), Naser Al Tamimi dan Morris Pagniello.

Kunjungan Naser dan Pagniello ini dibuat bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara JDT dengan RCG. Ini termasuk menimbang kemungkinan membawa TMJ sebagai ahli lembaga pengarah global entiti berkenaan.

Duo ini bukan calang-calang orangnya dengan Naser memegang beberapa jawatan penting di peringkat antarabangsa. Ini termasuk jawatan sebagai Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE dan Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa.

Advertisements

Sementara Pagniello pula merupakan seorang ejen bola sepak antarabangsa. Ini bukan kali pertama Naser dan Pagniello berada di Johor kerana kedua-duanya merupakan tetamu TMJ untuk Perlawanan Sumbangsih pada Mac lepas.

RCG mempunyai beberapa kelab di Australia, Itali, Sepanyol, Mexico dan Amerika Syarikat. Antara kelab yang dimiliki mereka ialah Racing Veracruz (Mexico), Racing Los Angeles (Amerika Syarikat), Racing Capri (Itali) dan Racing Bundoora United City (Australia).

Sekiranya perbincangan ini membawa hasil yang positif, ia sudah pasti akan membantu kemajuan JDT dan secara tak langsung, bola sepak negara untuk jangka masa panjang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram