TMJ Bertemu Dengan Pemain-Pemain Liverpool
EPL
@HRHJohorII
Advertisements

DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan tiga tonggak utama Liverpool hari ini iaitu Alexis MacAllister, Luis Diaz dan Darwin Nunez.

Dalam satu perkongsiannya di X, baginda membawa puteri dan putera-puteranya iaitu YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan DYAM Tunku Abu Bakar Ibrahim bertemu dengan mereka.

MacAllister, Diaz dan Nunez merupakan sebahagian daripada pasukan Liverpool yang ketika ini terlibat dalam jelajah pra-musim di Singapura sebelum EPL bermula pada 12 Ogos ini.

Advertisements

MacAllister yang menyertai Liverpool dari Brighton pada Jun lalu kelihatan tidak kekok dan mesra melayan kerenah tiga anakanda TMJ itu bersama dua rakan sepasukannya itu.

Selain bergambar bersama trio The Reds itu, Tunku Ismail yang segak mengenakan jersi Inter Miami turut berpeluang mengadakan perbincangan dengan mereka.

Sebaik hantaran baginda dimuatnaik di media sosial, di ruang komen, ramai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) FC teruja dengan pertemuan tersebut. Malah, ada yang sudah memasang impian melihat JDT FC beradu dengan pasukan yang dibimbing Jurgen Klopp itu.

Advertisements

Impian tersebut tidak mustahil boleh direalisasikan pengurusan Harimau Selatan kerana mereka pernah mengadakan aksi persahabatan dengan kelab asing seperti Borussia Dortmund dan terbaru, Albirex Niigata.

Yang pasti, fokus Diaz, MacAllister dan Nunez ialah membantu The Reds menang ke atas Bayern Munich dalam aksi pra-musim seterusnya di Singapura esok.

Sementara bagi Tunku Ismail pula, baginda pasti mahu melihat dominasi JDT FC diteruskan dengan memenangi aksi Piala Malaysia 2023 menentang Kelantan FC pada 4 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram