Harimau Malaya
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan pandangan baginda mengenai perjalanan skuad Malaysia yang mengharungi kempen cemerlang bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Baginda memberikan pandangan ikhlasnya pada ruangan komen laman Ekor Harimau Malaya apabila terdapat hantaran yang mengulas tentang gol pertama Malaysia oleh Dion Cools.

Laman tersebut menghuraikan tentang peranan Brendan Gan yang dilihat membantu untuk menghalang pemain lawan sekaligus membuka ruang untuk Cools menjaringkan gol.

Advertisements

DYAM TMJ menyatakan bahawa kemenangan ini patut disyukuri oleh semua rakyat Malaysia bagi menghargai penat lelah perjuangan para pemain yang memberikan segalanya di atas padang.

“Dah menang syukur sahaja lah. Lagi nak bising bising mending jari sini sana menjatuhkan semangat pemain pemain negara sendiri.”

“Semua pemain sudah memberikan segalanya, keputusan juga alhamdulillah.”

Advertisements

Baginda juga mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi kejayaan pasukan.

“Awak nak jadi jurulatih ni kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa apa ke? Sokong sahaja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik,” ujar baginda.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan dan bakal menempuhi cabaran Taiwan bagi aksi kedua di gelanggang lawan.

Advertisements

Komen TMJ:

Untitled design 21 TMJ: Diam Lebih Baik
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram