“Baru Dua Hari, Nampak Potensinya Besar”
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengurus skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar teruja melihat kedatangan seorang lagi pemain warisan Malaysia yang memiliki potensi besar yang amat baik iaitu Richard Chin.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi antara pemain idaman untuk membarisi skuad muda negara kerana pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah.

Pemain kelahiran Malaysia-England itu sebelum ini sudah mengesahkan perbincangan dengan pihak FAM berkenaan urusan dokumentasi akhirnya selesai menjadi pemain Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Shahril memberitahu bahawa Malaysia berjaya mendapatkan seorang lagi bakat berkualiti jangka panjang negara.

“Richard ini seorang pemain yang boleh bermain di beberapa posisi seperti main wing-back and pemain tengah.”

Advertisements

“Kehadiran beliau bakal memberikan tambahan pilihan kepada pasukan dan Juan Torres akan memiliki lebih banyak pilihan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Beliau yang kini beraksi bersama kelab Charlton Athletic di divisyen ketiga England namun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram