Advertisement
TMJ Kongsi Model Jentera Hafizh Syarin, Projek Bersama JDT Kini Bermula
UltraSukan
UltraSukan
Hrhcrownprinceofjohor

Sejak Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengumumkan projek JDT Racing Team, ramai ingin tahu perkembangan terkini pasukan lumba motorsikal berkenaan.

Hari ini, Tunku Ismail sudah memberi bayangan jentera JDT Racing yang bakal digunakan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah ialah jentera Ducati.

Ini selepas baginda memuatnaik imej lakaran jentera JDT Racing di Instagram Story hari ini.

Lakaran jentera JDT Racing Team ini dilihat amat mirip dengan jentera V4R keluaran pengeluar motosikal dari Itali itu.

Lakaran jentera JDT Racing Team menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan putih yang melambangkan warna bendera negeri Johor.

Sementara imej tiga bintang pada jentera mewakili pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Hafizh Syahrin bakal mengetuai cabaran JDT Racing Team dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) untuk musim 2024. Pertandingan ini dilihat menjadi batu loncatan buat pasukan itu untuk menyertai Superbike World Championship (SBK) kelak.

Arena permotoran kini menjadi arena sukan terbaru yang diceburi JDT selepas futsal, polo, tinju dan hoki ais.