Advertisements
Tokyo Verdy Lepaskan Pratama Arhan
Transfer
MakanBola
Pratama Arhan

Selepas dua tahun bersama Tokyo Verdy, jodoh bek kanan Indonesia, Pratama Arhan bersama pasukan itu sudah berakhir.

Perkara ini disahkan oleh ejennya, Dusan Bogdanovic bila ditanya tentang situasi Arhan ketika ini.

“Habis kompetisi ini kan Tokyo Verdy (layak) ke Liga 1 (J1 League), tapi rencana kami sudah dua tiga bulan yang lalu. Kami akan pindah dari Tokyo Verdy,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Sejak menyertai Verdy pada Februari 2022, beliau jarang mendapat peluang beraksi bersama pasukan itu.

Malah, mengikut statistik ASEAN Football, Arhan hanya beraksi empat perlawanan yang bersamaan dengan tempoh 255 minit permainan.

Dengan beliau kini berstatus ejen bebas, ramai ingin tahu destinasi kelab yang bakal ditujunya.

Walaupun tidak mendedahkan kelab mana yang membuat tawaran, Dusan menyatakan keutamaan Arhan ialah beraksi di luar negara.

Ini sekaligus menafikan khabar angin bahawa beliau akan kembali mewarnai saingan Liga 1 Indonesia. Ini ditambah dengan tetingkap perpindahan kedua liga itu sudah ditutup pada penghujung November lalu.

“Mungkin beberapa minggu ke depan kami akan umumkan ke mana destinasi Arhan,” tambahnya.

Sebelum ini, Arhan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab K-League, Suwon FC selepas khabar kontraknya tidak diperbaharui Verdy tersebar.