Tonggak KL City ‘Angkat Kaki’
MakanBola
KL City FC
Sponsors

KL City FC terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat pemain sayap Serbia, Lazar Sajcic.

Sebelum ini, Sajcic dibawa masuk oleh pengendali Croatia, Miroslav Kuljanac sebagai tonggak import The City Boys untuk kempen 2024/25.

Ad

Bekas pemain sayap ND Gorica itu sempat beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim untuk KL City. Malangnya, isu kecederaan menghalang Sajcic daripada merekodkan sebarang penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Ad

Dan berdasarkan maklumat terkini Transfermarkt, pemain sayap berusia 27 tahun itu sah beraksi untuk kelab divisyen kedua Serbia, FK Zemun.

Sajcic berpindah ke kelab negara asalnya itu pada 2 Ogos lalu. Perpindahan ini menjadikan beliau bintang import terbaru yang meninggalkan Liga M.

Ad

Sajcic mengikut jejak Ramon Machado, Kuvondik Ruziev dan Prince Aggreh yang beralih angin selepas meninggalkan Liga M.

Ad

Keadaan ini menyaksikan Jovan Motika, Patrick Reichelt, Giancarlo Gallifuoco, Adrijan Rudovic dan Lawton Green sebagai tonggak import KL City untuk baki kempen musim ini.

Ad

The City Boys sebelum ini turut dikenakan hukuman berat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas didapati membuat deklarasi maklumat yang tidak tepat kepada First Instance Body (FIB).

Kelab itu bukan saja berdepan hukuman potongan enam mata, denda sebanyak RM100,000 dan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dibatalkan. Malah, KL City turut dikenakan sekatan perpindahan sehingga tamat musim 2024/25.