Ads
Hukuman Lebih Berat Menanti KL City
Liga Super
KL City FC

Susulan pendedahan isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan KL City FC, pasukan itu kini berdepan hukuman daripada First Instance Body (FIB).

Advertisements

Isu tunggakan caruman KWSP ini timbul apabila apabila pengarah KL United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar mendakwa KL City memiliki tunggakan berjumlah RM719,116.

Advertisements

Ini selepas beliau membuat semakan di KWSP. Perkara ini turut dibangkitkan dalam mesyuarat khas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada 18 Julai lalu seperti didedahkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisements
Advertisements

Syed Yazid tertanya-tanya bagaimana pasukan yang diberi jolokan The City Boys itu berupaya mendapat lesen daripada FIB. Sedangkan pasukan itu belum melunaskan tunggakan yang dinyatakan.

Susulan itu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIB melancarkan siasatan terhadap isu berkenaan. Dan selepas membuat siasatan teliti, FIB memutuskan bahawa KL City telah menyerahkan maklumat yang tidak tepat berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso.

Advertisements

Penilaian itu dibuat selepas FIB berhubung dengan semua entiti berkenaan untuk mengesahkan semua maklumat dokumentasi yang dihantar KL City.

Lantaran itu, KL City diberi tempoh sehingga 30 September ini untuk menyelesaikan semua tunggakan dengan entiti-entiti yang dinyatakan.

KL City dikenakan denda sebanyak RM50,000 dan kehilangan enam mata atas kesalahan tersebut. The City Boys juga dikenakan sekatan perpindahan pemain sehingga penghujung musim 2024/25.

FIB turut memberi amaran sekiranya tunggakan itu masih gagal diselesaikan, hukuman lain bakal menanti pasukan Lembah Klang itu.

Advertisements

Sebelum ini, KL City turut menyaksikan lesen AFC mereka dibatalkan oleh FIB disebabkan isu sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram