Ads
MFL
Sabah FC

Finalis Piala AFC 2022, KL City FC menerima tamparan hebat apabila didenda RM50,000 dan lesen AFC dibatalkan.

Advertisements

Perkara ini diumumkan oleh First Instance Body (FIB) berkenaan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas kelab Ibu Kota tersebut.

Advertisements

“Selepas selesai siasatan terhadap Kuala Lumpur City FC (KL City FC) seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa‬ First‬ Instance‬ Body‬ (FIB)‬ pada 26 Julai 2024, FIB mengesahkan bahawa proses pemberian Lesen‬ Kebangsaan‬ pada 22 November 2023 dan‬ Lesen‬ AFC‬ pada 15 Mei 2024 kepada‬ KL City FC‬ (‬bagi musim 2024-2025) telah dilakukan dengan betul dan berdasarkan peraturan yang termaktub di dalam Peraturan‬ Pelesenan‬ Kelab‬ MFL‬ Edisi‬ 2023‬ (‬MFL‬ CLR‬ 2023‬).   

Advertisements

Advertisements

“Setelah pendedahan dibuat oleh Pengarah Kelab KL City FC, En Syed Yazid, FIB memulakan siasatan‬ secara‬ menyeluruh bermula dengan semakan‬ melalui‬ sistem‬ AFC‬ CLAS‬ bagi‬ mengesahkan‬ segala‬ deklarasi‬ tunggakan‬ yang‬ menyatakan‬ bahawa‬ tiada‬ sebarang‬ tunggakan‬ sehingga‬ 30‬ Jun‬ 2023‬ untuk‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ dan‬ 31‬ Disember‬ 2023‬ untuk‬ Lesen‬ AFC‬ dengan‬ lampiran‬ surat‬ sokongan‬ daripada‬ agensi‬ kerajaan‬ sebelum‬ penilaian‬ bagi‬ keputusan‬ berkenaan‬ pemberian‬ lesen.‬

Hasil semakan FIB itu mendapati bahawa dokumen yang diserahkan KL City FC berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat / tidak benar berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini.  

Advertisements

Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC. 

Berdasarkan insiden sedemikian, perlu dinyatakan bahawa kelab bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyerahan dokumentasi serta integriti keseluruhan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB.  

“Dengan‬ merujuk‬ kepada‬ sub-kriteria‬ F.04,‬ deklarasi tunggakan‬ bayaran‬ gaji‬ dan‬ agensi‬ kerajaan setakat‬ 31 Disember 2023‬ yang perlu diselesaikan pada‬ 31 Mac 2024‬.

“Setelah didapati bahawa serahan deklarasi Kelab kepada unit perlesenan kelab MFL melalui system AFC CLAS pada 29 Mac 2024 adalah ‬ tidak tepat / tidak benar,‬ maka‬ dengan‬ merujuk‬ kepada‬ MFL‬ CLR‬ 2023‬ bagi‬ Lesen AFC dibawah artikel 2.4 “Licensing Sanctions (d), (f), (n)”

FIB juga mengesahkan bahawa KL City tidak dibenarkan untuk memohon Lesen AFC‬ selama‬ dua‬ kitaran Pelesenan kelab‬ MFL‬ (‬kitaran‬ 2024-2025‬ dan‬ 2025-2026‬)‬.

Pasukan itu juga didenda RM‬ 50,000‬  selain lesen‬ AFC‬ bagi‬ pasukan‬ KL‬ City‬ FC‬ yang diluluskan oleh FIB untuk kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi‬ musim‬ AFC 2024‬-2025‬ dibatalkan.

Ahli Lembaga Pengarah MFL juga boleh mengambil tindakan susulan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh KL City FC ini.  

Advertisements

‬ 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram