Tunku Ismail: Apa Susah? Bayar Gaji & Jangan Belanja Lebih Daripada Kemampuan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail melontarkan pandangan tentang sikap culas segelintir kelab dalam pembayaran gaji & gemar berbelanja tanpa had.

Dalam satu ciapan di laman X, Baginda menekankan bahawa asas kepada kelangsungan sesebuah pasukan terletak pada disiplin kewangan dan kebijaksanaan dalam pentadbiran.

Ad

“Apa susah? Bayar gaji, dan jangan belanja lebih daripada kemampuan. Cari orang yang minat dan faham bola menguruskan kelab bolasepak,” tulis Baginda ringkas namun padat.

Ad

Tunku Ismail juga menyarankan agar kelab-kelab bola sepak dibimbing oleh individu yang benar-benar memahami sukan ini, dan bukan semata-mata atas kepentingan jawatan atau nama.

Ad

Malah, Tunku Ismail dalam hantaran sama turut memuji dua kelab iaitu Kuching City FC serta Selangor FC yang menurut Baginda menjadi contoh baik dari segi perbelanjaan dan juga berhemah.

Ad

Kelab-kelab tersebut dilihat lebih stabil dari segi kewangan, tidak dibayangi isu tunggakan gaji atau pengurusan bermasalah yang sering melanda sebahagian pasukan lain.

Ad

Sebagai pemilik kelab, Baginda sering mengingatkan bahawa kejayaan sesebuah pasukan tidak boleh dipisahkan daripada urus tadbir yang cekap dan telus.

Kenyataan itu hadir ketika beberapa pasukan di Liga Malaysia masih terpalit isu kewangan, sekaligus memberi isyarat jelas bahawa pembaharuan pengurusan perlu menjadi keutamaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments