Advertising
Tunku Ismail: Sendiri Tak Bayar Gaji, Salahkan FAM & MFL
MakanBola
Johor Southern Tigers

DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menempelak pihak yang culas dalam membayar gaji namun menuding jari kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL).

Ketika ini, kehadiran penonton ke stadium bagi menyaksikan aksi Liga Malaysia telah menjadi bualan ramai apabila data yang dikongsikan oleh MakanBola menunjukkan penurunan yang drastik.

Penurunan ini menyebabkan pelbagai pihak mula mengkritik dan melontarkan pandangan tersendiri bagi mencari sebab-sebab di sebalik kemeriahan liga yang semakin berkurang.

Ad

Dalam satu kenyataan, Tunku Ismail seakan menyenaraikan sebab-sebab yang sering bermain di fikiran peminat seperti kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT), fasiliti kurang cantik, culas pembayaran gaji, musim hujan dan sikap pengurusan yang tidak peduli nasib kelab.

Ad

“JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, pemain pasukan tak dapat gaji, pemain tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang-orang jaga kelab tak peduli dan lain-lain,” kata Tunku Ismail yang mengulang siar laporan mengenai kehadiran penonton oleh wartawan, Fadhirul Shuhaimi.

Baginda turut memberi perumpamaan mengenai sebuah rumah yang cantik akan tetapi terpaksa dikorbankan gara-gara rumah di sekitar yang tak terurus dan perlu dibakar keseluruhannya.

Ad
Ad

“Senang cerita macam ini. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar seluruh kawasan perumahan? Ibarat rumah tak terurus dan tak cantik, ajak orang ramai-ramai duduk di hutan.”

Ad

Malah, Tunku Ismail sempat menyindir pihak yang culas membayar gaji dan lebih gemar menyalahkan pihak FAM dan MFL selain mencadangkan agenda agar diperkenalkan Financial Fair Play dan juga mengasingkan Badan Pengadil.

“Sendiri tak bayar gaji salahkan FAM dan MFL. Kenalkan Financial Fair Play dengan segera, Badan Pengadil mesti independent dan bukan di bawah FAM.”

Malah, Tunku Ismail turut menggesa pihak yang tidak berpuas hati untuk membayar pengadil dari luar negara demi menamatkan sebarang alasan dan konspirasi selama 11 tahun ini.

“Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara. 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh mencabar Bayern. Pemikiran adalah segalanya.”

Minggu lalu, kehadiran penonton yang tertinggi direkodkan pada aksi Penang vs Selangor dengan catatan 2,198 orang sahaja, melepasi pertemuan hangat antara Terengganu vs JDT di Gong Badak.