Tunku Ismail: Bangkit, Ini Baru Permulaan Buat Kita
UltraSukan
JST/JJ

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor tetap berbangga dengan pencapaian Johor Jewels meskipun tewas di pentas final Netball Super League (NSL) musim 2026.

Ini kerana pada hemat baginda, anak buah Jane Searle telah memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Atas sebab itu, Tunku Ismail mahu barisan pemain Johor Jewels bangkit dan mengalihkan fokus kepada saingan NSL Regional Cup.

WhatsApp Image 2026 05 10 at 23.47.47 Tunku Ismail: Bangkit, Ini Baru Permulaan Buat Kita

“Bangkitlah. Ini baru permulaan perjalanan kita. Kita akan kembali dengan lebih kuat. Bangga dengan anda semua,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Tunku Ismail turut berkongsi pesanan isteri baginda, YAM Che’ Puan Khaleeda Johor kepada Johor Jewels selepas aksi final berkenaan.

691758270 18329141809264530 5162021225294272712 n Tunku Ismail: Bangkit, Ini Baru Permulaan Buat Kita

“Ini cuma permulaan. Nak capai kehebatan memerlukan masa. Jangan lupa kita bukan saja satu pasukan, kita satu pergerakan.

“Terima kasih kerana selalu menjadi inspirasi saya. Sentiasa menyayangi anda,” katanya.

Johor Jewels terpaksa akur dengan kehebatan lawan mereka, Terengganu Marvels di pentas final. Pasukan Pantai Timur itu muncul juara NSL dengan keputusan 70-63.

Selain bergelar juara buat kali pertama dalam sejarah kejohanan, Terengganu Marvels juga memastkan mereka menamatkan musim tanpa sebarang kekalahan.

Selepas ini, kedua-dua pasukan mengalihkan tumpuan kepada NSL Regional Cup yang akan berlangsung dari 14 hingga 17 Mei ini.