Advertising
Tunku Ismail Bertemu Presiden FIFA, Terima 3 Sokongan Besar
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah bertemu dengan Presiden FIFA dan menerima tiga bentuk sokongan besar.

Baginda dalam satu kenyataan memaklumkan berkenaan pertemuan tersebut dan menyampaikan berita projek skuad kebangsaan kepada Gianni Infantino.

Ad

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Gianni Infantino, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, 17 Disember 2024.

Ad

“Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia,” jelas baginda dalam satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, Infantino melihat projek besar yang bakal dilaksanakana oleh DYAM Tunku Ismail sebagai satu inisiatif yang amat baik.

Ad

Beliau juga bersetuju untuk memberikan tiga bentuk sokongan sekaligus merancakkan lagi revolusi Harimau Malaya kendalian Baginda.

Ad

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” tambah kenyataan tersebut.

Ad

Sebelum ini, DYAM Tunku Ismail dalam satu kenyataan telah memaklumkan bakal bertemu wakil FIFA bagi mendapatkan data pemain Malaysia yang beraksi di luar negara.

Usaha ini bagi mempersiapkan Harimau Malaya menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula Mac tahun hadapan.