Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor mendedahkan bahawa Shahril Mokhtar pernah meminta kerja.
Beliau yang juga merupakan bekas Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini.
Shahril merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) difahamkan pernah meminta kerja kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail.
Hal ini berdasarkan perkongsian perbualan yang dimuat naik oleh baginda bersama dengan Shahril Mokhtar.
“Pertama sekali, patik mohon ampun kerana bercakap secara terus Tuanku. Patik mencari peluang pekerjaan dan sekiranya ada, Patik sangat hargai jika Tuanku terfikir tentang nama Patik. Bersama-sama ini Patik sertakan maklumat kurikulum (cv) untuk tatapan Tuanku,” ujar Shahril Mokhtar.
DYAM Tunku Mahkota Ismail juga menulis responnya yang tidak dapat memberikan sebarang pekerjaan kepada Shahril Mokhtar.
“Maaf saya tidak dapat memberikan anda pekerjaan dan itu membawa kepada apa yang anda lakukan sekarang. Selamat maju jaya dalam mencari pekerjaan,” ujar baginda.

Baginda Tunku sebelum ini juga telah berkongsi pandangan peribadinya berkenaan senario yang sedang melanda bola sepak Malaysia ketika ini.