Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjawab tuduhan terhadap kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan juga Safiq Rahim.
Tular beberapa kejadian yang menimpa pemain negara seperti Akhyar Rashid yang diserang oleh individu misteri dengan menggunakan cota di Terengganu.
Kejadian menyayat hati terjadi kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim apabila beliau diserang oleh individu misteri yang menyimbah cecair dipercayai asid.
Satu lagi kejadian berlaku kepada bekas kapten negara, Safiq Rahim apabila kenderaan yang dinaikinya telah diserang sehingga pecah cermin belakang.
DYAM Tunku Mahkota Ismail tampil bersuara berkenaan perkara ini dengan memaklumkan bahawa semuanya berlaku tiada kaitan dengan mana-mana pengaruh bola seperti baginda, FAM, MFL mahupun pihak berkuasa PDRM.
“Akhyar kena samun, Faisal kena asid, Safiq Rahim kereta kena pecah. Siti Nur Masyitah kena langgar kereta dan semalam seorang lelaki dari Bagan Serai, Perak ditangkap dan jumpa bomb di rumah.
“Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak. Semua ini kerja TMJ, FAM, Polis dan MFL. Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak dan berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.
“Tetapi mara kita beramai-ramai buat solidariti stop violence in football. #inisemuasalahtmj,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman Instagram Story hari ini.
Kejadian yang melibatkan atlet kayak negara, Situ Nur Masyitah juga cukup menyentuh hati apabila beliau dilanggar oleh seorang lelaki yang dipercayai mabuk dari arah belakang sebelum diseret sejauh 600 meter.
JDT bakal memulakan kempen Liga Super 2024/25 menentang Negeri Sembilan pada 18 Mei 1024 di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 5:30 petang.