Tunku Ismail & Karim Benzema Saling Berbalas Komen
MakanBola
JST/AHSC

Komen Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail bersama penyerang terkemuka dunia, Karim Benzema mendapat perhatian ramai.

Karim Benzema baru-baru ini melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal dari Al-Ittihad selepas tonggak kelahiran Perancis itu berdepan konflik bersama bekas kelab hingga tular di media sosial.

Impak segera mula dipamerkan oleh penyerang berusia 39 tahun itu apabila dengan cemerlang mencetak hatrik selain membuat satu bantuan jaringan dalam aksi debut bersama Al-Hilal.

Sebaik tamat perlawanan, Karim Benzema memuat naik foto di laman Instagram dengan ucapan terima kasih buat semua yang memberi sokongan dan sambutan hangat untuk beliau di kelab berkenaan.

”Bangga dengan pasukan ini. Terima kasih untuk semua kerana memberi sokongan dan sambutan hangat,” ucap Karim Benzema di kapsyen.

Ruangan komen bekas penyerang Perancis itu telah dihujani ucapan tahniah daripada barisan pemain, rakan sepasukan serta DYAM Tunku Ismail yang turut kagum dengan prestasi Benzema.

On fire brother, Alhamdulillah,” tulis Tunku Ismail di ruangan komen Karim Benzema.

Brother,” balas bekas bintang Real Madrid itu beserta emoji.

Komen Tunku Ismail Benzema Tunku Ismail & Karim Benzema Saling Berbalas Komen
Instagram: Karim Benzema

Sumbangan Karim Benzema dalam aksi pertama bersama Al-Hilal itu berjaya membantu juara AFC Champions League dua kali ini menerajui carta Saudi Pro League dengan mengumpul 50 mata.

Manakala, kelab Baginda iaitu JDT kini dalam persiapan rapi untuk menghadapi perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Sanfrecce Hiroshima pada 10 Februari ini di tempat lawan.