Tunku Ismail Kecam Jenayah Ke Atas Dua Pemain Kebangsaan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengecam kejadian yang menimpa dua pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan yang terkini, Faisal Halim.

Dalam masa yang sama, DYAM Tunku Ismail berharap pihak polis menyiasat kes-kes tersebut dengan kadar segera dan mengambil tindakan sewajarnya.

Ad

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Ad

“Saya berharap agar Polis DiRaja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” titah DYAM Tunku Ismail seperti yang dikongsikan Johor Southern Tigers.

Kejadian yang menimpa pemain bola sepak bermula pada Khamis lalu apabila pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun di Terengganu. Akhyar dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan cota.

Ad

Dan terkini, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim pula menjadi mangsa jenayah selepas disimbah asid oleh dua individu bermotosikal di ruangan parkir sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara.

Ad

Faisal kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya dan dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.

Ad