Tunku Ismail Pandang Tinggi Safuwan Baharudin
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memandang tinggi pemain Singapura, Safuwan Baharudin.

Tonggak berusia 32 tahun itu beraksi ketika JDT menewaskan pasukan kebangsaan Singapura dengan keputusan 3-0 di Kallang Football Hub.

Ad

Jaringan Nazmi Faiz, Obregon dan juga Mohamadou Sumareh sudah cukup untuk memastikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan kedua selepas menundukkan Port FC dengan jaringan 3-1.

Ad

DYAM Tunku Ismail menulis dalam satu hantaran dengan memuji tonggak pertahanan tersebut setelah bertemu beberapa kali.

“Pemain terbaik,” ujar baginda kepada Safuwan.

Ad
Copy of Untitled Design 62 Tunku Ismail Pandang Tinggi Safuwan Baharudin

Safuwan membalas hantaran tersebut dengan menyatakan penghargaan dapat bertemu dengan DYAM Tunku Ismail.

Ad

“Terima kasih atas kata-kata yang baik dan gembira dapat berjumpa dengan Tuan,” katanya.

Ad

Baginda juga sempat bertemu dengan beberapa pemain seperti Sharil Ishak, Baihakki Kaizan dan juga perancang tengah, Hariss Harun.