Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor meraikan kejayaan Harimau Malaya dari jauh.
Skuad kendalian Pau Marti berjaya menamatkan penantian setelah lama untuk menjulang trofi apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya melakar kemenangan 1-0 hasil jaringan Romel Morales untuk menundukkan pasukan ke-116. dunia, Lubnan di Bukit Jalil.
Kejayaan itu juga membolehkan skuad negara meraih tambahan +10.16 mata dan melonjak tiga tangga dalam ranking FIFA.
Kemenangan itu turut disambut oleh DYAM Tunku Ismail yang berkongsi kegembiraan dari jauh.
Baginda memuat naik satu hantaran dengan sempat menghubungi para pemain Harimau Malaya menerusi satu panggilan video bersama-sama beberapa tonggak JDT yang lain.
Kejayaan Malaysia menjadi juara Pestabola Merdeka 2024 turut dikongsi bersama oleh para pemain dan juga tonggak yang tidak mendapat panggilan kali ini seperti Mohamadou Sumareh dan Junior Eldstal.
DYAM Tunku Ismail juga sempat menghubungi Arif Aiman Hanapi secara panggilan video dengan kesemua nya kelihatan bergembira dengan kejayaan Harimau Malaya.
Malaysia akan bertemu New Zealand bagi aksi persahabatan seterusnya pada bulan Oktober sebelum dua lagi aksi besar menanti skuad kebangsaan, November ini.