Tunku Ismail: Saya Satu-Satunya Yang Ada
MakanBola
Johor Southern Tigers

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengingatkan sesetengah pihak agar tidak mempolemikkan usahanya memartabatkan Harimau Malaya.

Revolusi baru skuad kebangsaan menyaksikan pelantikan dua figura baru untuk skuad senior Malaysia dan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Ad

Bekas jurulatih FC Tokyo, Peter Cklamovski dipilih sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya. Bekas pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain pula dipilih menerajui skuad Malaysia B-23.

Ad

Kedua-dua figura ini bakal memulakan tugas secara rasmi pada 1 Januari 2025. Meskipun begitu, masih ada suara-suara sumbang yang dilihat cuba memperlekeh revolusi yang dibawa baginda.

Atas sebab itu, Tunku Ismail mengingatkan bahawa baginda hanya membantu kerajaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam meningkatkan tahap skuad kebangsaan.

Ad

Keinginan melihat Harimau Malaya berjaya mendorong baginda bekerja bersama pasukannya sendiri untuk memastikan pasukan itu cukup bersedia dalam pelbagai aspek.

Ad

“Saya tiada kaitan dengan sesiapa dan mana-mana pihak. Saya hanya diminta bantu kerajaan Malaysia, KBS, FAM dan bekerja dengan pasukan saya sendiri untuk membantu pasukan kebangsaan dalam struktur, kemudahan latihan, teknologi, pendedahan dan kenalan dengan organisasi bola sepak berjaya yang saya kenali,” katanya di X.

Ad

Tunku Ismail turut mengingatkan bahawa hanya baginda saja yang ada untuk membantu Harimau Malaya maju ke tahap yang lebih tinggi.

“Kalau fikir secara rasional dan berdasarkan fakta. saya satu-satunya yang anda ada. Yang lain setakat bercakap, tak sanggup beri sokongan kewangan dan kenalan mereka pun tak seberapa.

“Saya ada infrastruktur, alhamdulillah rezeki, dan kenalan dengan dunia bola sepak secara global dan berjaya. Saya satu-satunya yang anda ada buat masa ini,” tambahnya.

Harimau Malaya kini mengalihkan fokus kepada kempen kelayakan Piala Asia 2027. Ini selepas pasukan itu terlepas peluang layak ke separuh akhir ASEAN Championship 2024.

Skuad negara bakal membuka kempen kelayakan Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025.