Advertising
Singapura Ke Separuh Akhir, Malaysia Akur
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia gagal mara ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 selepas seri tanpa jaringan berhadapan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia hampir memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-29 menerusi sepakan Stuart WIlkin namun sedikit tersasar ke kanan gawang Singapura.

Ad

Malaysia sekali lagi hampir memperoleh jaringan menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-42 namun bola muntah hasil sepakan Hakimi gagal disudahkan oleh Daniel Ting.

Ad

Separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan.

Bersambung babak ke-2, Endrick hampir memperoleh jaringan pertama Malaysia seawal minit pertama namun sepakan kencangnya sedikit tersasar. Sejurus selepas itu, sepakan sudut Malaysia hampir disudahi oleh Hakimi namun tandukannya berjaya ditepis penjaga gawang Singapura, Izwan Mahbud.

Ad
Ad

Malaysia menyerang bertali arus untuk mencari jaringan pertama dan Endrick sekali lagi hampir menggebirakan kem Malaysia apabila sepakan sudutnya pada minit ke-53 hampir menerjah jaring.

Ad

Malaysia sekali lagi hampir menjaringkan gol kali ini menerusi situasi bola mati namun bola muntah sepakan Paulo Josue gagal dimanfaatkan pemain Malaysia.

Usaha keras Malaysia tidak berhasil sehinggalah tamat masa permainan dan Malaysia gagal ke separuh akhir.