Tunku Ismail Terima Mengadap Lee Chong Wei
UltraSukan
DYAM Tunku Ismail
Sponsors

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan menerima mengadap legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Pertemuan Tunku Ismail dan Chong Wei dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi kedua-dua figura itu. Pertemuan ini turut disertai Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Ad

“Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain badminton Malaysia pada hari ini, 18 Mac 2025.

Ad

“Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia menyifatkan ia satu penghormatan untuk mengadap Tunku Ismail.

Ad

“Satu penghormatan diberi peluang menghadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

Ad

“Sentiasa inspirasi apabila berbicara dengan pemimpin yang mempunyai visi besar untuk sukan dan negara. Terima kasih, Tunku,” katanya.

Ad

Sebelum ini, Tunku Ismail memaklumkan Chong Wei bukan saja bakal menggalas peranan sebagai penasihat sukan badminton untuk negeri Johor.

Malah, beliau akan menyertai beberapa figura sukan terkenal seperti Sonny Bill Williams dan Khabib Nurmagomedov sebagai ikon sukan Johor.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments