Tunku Ismail Turun Padang Bertemu Skuad Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke sesi latihan Harimau Malaya untuk bertemu pemain dan barisan kejurulatihan.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya telah memasuki hari ke-4 pada Khamis menjelang perlawanan pembuka tirai Kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada minggu hadapan.

Ad

Dua pemain warisan baharu pasukan negara, Hector Hevel dan juga Gabriel Palmero sekali lagi meraih tumpuan selain kehadiran Arif Aiman yang sudah kembali dari kecederaan.

Ad

Lebih menarik, sesi latihan pada Khamis ini turut dihadiri oleh DYAM Tunku Ismail yang juga merupakan pencetus Revolusi Harimau Malaya di Padang Seri Gelam, Johor Bharu.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke sesi latihan keempat skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor malam tadi.”

Ad

“Baginda turut bertemu pemain-pemain Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan,” lapor Malaysia NT.

Ad

Kelibat DYAM Tunku Ismail dilihat berada di tepi padang dan menyapa para pemain seperti Faisal Halim, Dion Cools serta barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Peter Cklamovski.

Ad

Skuad negara kini memiliki tugas penting bagi membuka tirai kempen Kelayakan Piala Asia dengan langkah kanan apabila bakal bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments