Hector Hevel & Gabriel Palmero Turun Ke Sesi Latihan Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Hari ke-3 sesi latihan pasukan Harimau Malaya menjadi tumpuan apabila turut disertai oleh dua pemain warisan baharu, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.

Sebelum ini, nama Hevel dan juga Palmero mencuri perhatian peminat apabila disahkan sendiri oleh jurulatih negara, Peter Cklamovski mengenai status mereka selaku pemain warisan.

Ad

“Seperti yang saya sebut pada minggu lepas, saya ada berita baik. Kita ada dua pemain yang telah diluluskan,” kata Peter Cklamovski kepada Astro Arena.

Ad

“Hector (Hevel) salah seorang daripadanya dan (Gabriel) Palmero yang beraksi dalam pasukan divisyen tiga di Sepanyol. Beliau juga ahli baru buat skuad Harimau Malaya.”

Menerusi satu hantaran di Instagram Malaysia National Team, kelibat Hevel dan juga Palmero dilihat sudah turun ke padang sambil dipantau rapi oleh Nafuzi Zain serta Hairuddin Omar.

Ad

”Pemain Malaysia dari luar negara sudah pun tiba, selamat datang kepada Hector Hevel dan Gabriel Palmero,” ucap Malaysia National Team.

Ad

Kem latihan kebangsaan yang diadakan di Johor sudah pun memasuki hari ke-3 dengan rata-rata pemain dilihat sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Cklamovski.

Skuad Harimau Malaya kini mempunyai misi penting bagi memulakan kempen Kelayakan Piala Asia dengan langkah kanan apabila melayani kunjungan Nepal pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments