“Tunku Ismail Ubah Realiti Hidup Saya & Keluarga” -Bergson
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ayam tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa besar Pemilik Kelab, DYAM Tunku Ismail yang banyak memberi sokongan kepadanya dan keluarga.

Pada Rabu, Bergson dijulang sebagai Pemain Import Terbaik dan Penjaring Terbanyak Liga Super di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 yang diadakan di Bukit Jalil.

Ad

Oleh itu, Bergson yang ditemui selepas majlis berkata DYAM Tunku Ismail adalah individu yang bertanggungjawab dalam membentuk dirinya menjadi pemain yang berjaya pada hari ini

Ad

”Saya fikir bos (DYAM Tunku Ismail) bertanggungjawab dalam membentuk saya menjadi lebih profesional dan ingin mencapai kejuaraan serta sasaran,” kata Bergson.

Di kesempatan itu, Bergson sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada DYAM Tunku Ismail di atas jasa Baginda yang banyak memainkan peranan di dalam hidup keluarga beliau.

Ad

”Saya mahu ucapkan terima kasih kerana Baginda adalah orang yang penting dalam hidup saya dan juga keluarga saya juga.”

Ad

“Baginda telah mengubah realiti (kehidupan) saya dan keluarga malah saya sangat bersyukur kerana itu dan akan menerukan idea ini untuk bekerja keras buat kelab ini,” tambah Bergson.

Ad

Bergson antara 7 pemain JDT yang berjaya meraih anugerah pada ABK 2024-2025 dengan fokus pastinya terarah kepada bintang muda, Arif Aiman yang muncul Pemain Paling Bernilai buat kali ke-4.

Tugasan terakhir Bergson dan JDT musim ini adalah pada final Piala Malaysia yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments