Anugerah yang dinantikan ramai peminat bola sepak Malaysia iaitu Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25) berlangsung hari ini.
ABK24-25 diadakan bagi mengiktiraf usaha keras para pemain, jurulatih, pegawai dan penyokong sepanjang musim 2024/25.
ABK 2023 menyaksikan 17 kategori dipertandingkan. Satu kategori diperkenalkan semula iaitu Penyokong Terbaik.
Seramai 498 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga M). Ia kemudiannya dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK24-25 bagi membolehkan 10 pemain terbaik disenarai pendek dalam setiap kategori.
Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.
Lapan kategori bakal diundi oleh 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Liga Super, 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Piala MFL serta 26 wakil media.
Pemenang Anugerah Pasukan Terbaik diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Sementara Anugerah Fair Play pula ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Manakala Fan XI (Kesebelasan Utama Pilihan Peminat) dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2024/25 pula dipilih menerusi undian penyokong.
Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut.
Arif turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Pemain Tengah Terbaik dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2024/25.
Senarai Pemenang ABK24-25
Pemain Paling Bernilai (MVP) – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Jurulatih Terbaik – Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC)
Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik – Feroz Baharudin (JDT)
Pemain Tengah Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penyerang Terbaik – Paulo Josue (KL City)
Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)
Pemain Muda Terbaik – Haqimi Azim Rosli (KL City)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2024/25 – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Paulo Josue (KL City FC)
Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)
Pasukan Terbaik – JDT
Anugerah Fair Play – Terengganu FC
Pemain Terbaik Piala MFL – Gabriel Nistelrooy (JDT II)
Penjaring Terbanyak Piala MFL – Gabriel Nistelrooy (JDT II)
Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)
Fan XI – Syihan Hazmi Mohamed, Jimmy Raymond, Park Jun-heong, Feroz Baharudin, Nando Welter, Danial Amier, Nooa Laine, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Faisal Halim