Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjadi lawan pertama skuad muda Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-17.
Skuad kendalian Javier Ribera membawa 25 pemain berbakat Malaysia B-16 dalam misi untuk meraih tempat ke Asia tahun hadapan.
10 pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan 9 tonggak JDT menjadi sandaran utama pasukan untuk memberi saingan di Vientiane, Laos.
Skuad Harimau Malaya B-16 memulakan kem latihan pusat sejak 7 hingga 21 Oktober 2024 di Pasir Gudang, Johor.
Pasukan muda negara akan berlepas ke Vientiane, Laos pada Isnin, 21 Oktober 2024 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.
Keputusan Lubnan menarik diri menyaksikan aksi pertama skuad Harimau Malaya B-16 adalah menentang UAE pada 23 Oktober ini.
Ujian berikutnya buat skuad muda negara adalah menentang Laos pada 27 Oktober bagi mendapat tempat ke pentas berprestij Asia pada April 2025.
Malaysia B-16 mengharungi persiapan mantap berdepan Tajikistan sungguhpun meraih satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Pasukan muda negara juga melakar hanya satu kemenangan bagi aksi Kejuaraan B-16 Asean 2024 sambil tewas menentang Australia dan Thailand.