Ubaidullah & Haqimi Rosli Tersisih, Malaysia Bawa 24 Pemain Berdepan China B-23
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Skuad Malaysia B-23 membawa barisan terbaik ke Shanghai, China apabila dijadualkan berdepan paiskan kebangsaan China dalam satu aksi persahabatan tidak lama lagi.

Menerusi satu perkongsian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 24 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya B-23, Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat.

Ad
Sponsors

Kem yang bakal berlangsung bermula 19 hingga 27 Disember 2023 sebagai persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung di Qatar, April depan.

Ad

Antara muka yang dipanggil kali ini ialah penjaga gol, Rahadiazli Rahalim, Luqman Hakim, Fergus Tierney, Umar Hakeem dan juga Daryl Sham dengan nama-nama lain turut memperkuat pasukan.

Walau bagaimanapun, skuad muda negara terlepas khidmat beberapa pemain utama seperti Ubaidullah, Haqimi Rodli dan Adam Farhan dengan tiga pemain yang tidak menyertai kem latihan pusat terdahulu pada 13 hingga 21 November 2023 berada dalam senarai iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar.

Ad

Para pemain akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum dijadual berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 di sana pada Sabtu, 23 Disember dan Selasa, 26 Disember 2023, sebelum kembali ke tanah air pada hari berikutnya.

Ad

Skuad B-23 negara yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2024 bagi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti.