SNBJ Perlukan Sebulan Kembali Dalam Keadaan Terbaik
Malaysia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmy melihat tempoh sebulan diperlukan untuk mengembalikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ke tahap terbaik.

Tempoh tersebut dilihat sesuai lebih-lebih lagi dengan mengambil kira apa yang berlaku di SNBJ pada Februari dan Mac tahun hadapan.

Bulan Februari menyaksikan penyanyi British terkenal, Ed Sheeran bakal membuat persembahan di SNBJ sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia + – = ÷ x.

Advertisements

Ini disusuli aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman di SNBJ pada 26 Mac 2024.

Situasi ini membimbangkan penyokong Harimau Malaya yang mengingatkan mereka pada keadaan padang SNBJ untuk aksi final Piala Malaysia 2023.

Keadaan padang pada hari itu kurang memuaskan susulan penganjuran konsert Coldplay pada penghujung November lalu.

Advertisements

Justeru, Azman berpandangan PSM perlu lebih proaktif termasuk membuat persiapan awal bagi memastikan apa yang berlaku pada final piala berprestij itu tidak berulang pada masa akan datang.

“Jadi, tindakan awal kita ialah memahami konsert apa artis itu nak buat, hubungi penganjur dan tengok mana yang boleh kita buat persiapan awal.

“Ini (lebih baik) daripada persiapan saat akhir yang buat orang kata, ‘Alamak, (padang) sudah rosak teruk. Sudah tak boleh nak buat apa.’

Advertisements

“Jadi, buat persiapan awal. Kalau betul-betullah rasa (ada masalah), pasukan-pasukan dalam senarai perlu tahu bolehkah rumput itu pulih dalam masa sebulan? Kalau tak boleh pun, (kena) pergi beritahu. Bukannya apa, stadium lain pun nak kena buat persediaan,” katanya bila ditemubual Nadi Arena.

SNBJ kembali digunakan sebagai lokasi aksi kejohanan berprestij selepas proses penambahbaikan yang dijalankan di situ selesai pada Oktober lalu.

Antara aksi kejohanan berprestij yang diadakan di SNBJ ialah Pestabola Merdeka 2023 dan final Piala Malaysia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram