Keadaan Menyedihkan Padang SNBJ Menjelang Final Piala Malaysia
Piala Malaysia
Faris/MakanBola
Advertisements

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 malam ini, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih dalam keadaan tidak memuaskan.

Ini berdasarkan tinjauan yang dibuat MakanBola di SNBJ hari ini biarpun kerja-kerja menambahbaik rumput terus dipergiatkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Ramai penyokong percaya kerosakan padang ini berlaku akibat beberapa pembesar suara yang diletakkan di atas padang semasa konsert berlangsung.

Advertisements

Atas sebab itu, kesan kerosakan pada padang SNBJ masih lagi kelihatan sehingga hari ini. Keadaan padang yang sebegitu rupa bukan saja mengecewakan ramai peminat bola sepak negara.

Malah, hal ini turut mengecewakan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim semasa meninjau padang SNBJ semalam.

Disebabkan kualiti padang yang kurang memuaskan, Tunku Ismail bimbang ini akan mengakibatkan kecederaan kepada pemain-pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Terengganu FC malam ini.

Advertisements

Ini kerana majoriti pemain Harimau Malaya beraksi untuk Harimau Selatan. Sementara dua tonggak skuad Peteh, Azam Azmi Murad dan Suhaimi Husin bukan sekali menerima panggilan skuad kebangsaan.

Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada bulan hadapan, perkara terakhir yang dimahukan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon ialah kecederaan serius menimpa tonggak-tonggak pasukan kebangsaan malam ini.

Justeru, tidak hairanlah hal ini mendorong PSM mengeluarkan permohonan maaf kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Terengganu, JDT dan peminat bola sepak negara semalam atas apa yang berlaku.

Advertisements

Biarpun kualiti padang kurang memuaskan, itu tidak akan menghalang Harimau Selatan dan Penyu daripada beradu merebut trofi berprestij itu di SNBJ malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram