PSM Mohon Maaf Tentang Keadaan Padang SNBJ
Piala Malaysia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan menjelang final Piala Malaysia 2023 esok, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf hari ini.

PSM dalam satu kenyataan hari ini mengakui berdepan kesuntukan masa menambahbaik kualiti padang susulan penganjuran konsert kumpulan rock antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu.

Ini mengakibatkan kualiti padang tidak dapat dikembalikan ke tahap terbaik menjelang aksi final Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Justeru, PSM memohon maaf kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Terengganu FC dan penyokong kedua-dua pasukan atas apa yang berlaku.

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua para peminat sukan bola sepak negara, terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim F.C, Terengganu FC serta semua penyokong kedua-dua pasukan atas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan bagi berdepan dengan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.

Advertisements

“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata PSM dalam satu kenyataan di Facebook.

Isu kualiti padang SNBJ timbul selepas Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim memuatnaik imej terbaru padang tidak lama selepas konsert Coldplay diadakan.

Ini mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat bola sepak terutama penyokong Harimau Selatan dan skuad Penyu.

Advertisements

Malah, kualiti padang SNBJ turut disentuh turut mengundang rasa kurang senang kapten JDT, Jordi Amat dalam sidang media pra-perlawanan final hari ini.

JDT dan Terengganu bakal beradu dalam aksi final Piala Malaysia edisi ke-97 di SNBJ esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram