Harimau Malaya
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Keadaan terkini rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil mencuri perhatian selepas kelihatan berubah warna berbanding keadaannya kali terakhir pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Permukaan padang tersebut mendapat perhatian ramai sejak kali pertama ditukar pada aksi Pestabola Merdeka 2023.

Pelbagai respon diterima ketika itu disebabkan rumput yang masih belum matang sekaligus menyebabkan tedapat beberapa kawasan yang tercabut ketika aksi berlangsung.

Advertisements

Masalah ini bagaimanapun dilihat sudah pun berjaya diatasi ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan skuad negara berjaya mempamerkan aksi terbaik atas permukaan padang yang sudah bersedia sepenuhnya.

Rumput di Bukit Jalil mencuri perhatian sekali lagi selepas selesai berlangsung konsert Coldplay yang menyaksikan hampir 85 ribu orang membanjiri stadium keramat tersebut.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh DYAM TMJ, padang SNBJ kelihatan berubah warna sejurus konsert bertaraf antarabangsa dianjurkan.

Hantaran yang tidak disertakan sebarang kata-kata itu seolah-olah memberi gambaran bahawa tindakan ini amat mendukacitakan baginda terutamanya apabila rumput bernilai jutaan ringgit itu sudah ditaja oleh DYAM TMJ.

Advertisements

Sebelum ini, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah memberi jaminan bahawa keadaan padang tidak akan terjejas sungguhpun digunakan untuk tujuan selain aktiviti bola kerana beberapa teknologi terbaik sudah disediakan untuk mengekalkan tahap rumput tersebut.

Hal ini termasuklah teknologi pencahyaan yang dibawa masuk dari Eropah bagi membantu bagi membekalkan cahaya yang cukup.

Advertisements

Namun begitu, keadaan padang ini tidak dipastikan sama ada kesan daripada konsert mahupun sedang menjalani proses penggantian plot baharu untuk mengekalkan kualiti tahap tinggi.

Final Piala Malaysia 2023 akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi iaitu pada 8 Disember 2023 di gelanggang tersebut dengan satu lagi konsert bakal dianjurkan 7 hari sebelum perlawanan genting tersebut.

Untitled design 22 Rumput Baru SNBJ Berubah Warna
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram