TMJ Segera Ke SNBJ, Pantau Keadaan Semasa Rumput Zeon Zoysia
Piala Malaysia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Susulan isu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim meninjau sendiri keadaan padang SNBJ semasa sesi latihan JDT hari ini.

Baginda melakukan tinjauan bagi melihat padang rumput Zeon Zoysia itu hari ini. DYAM TMJ turut mengiringi baginda dalam tinjauan tersebut ialah jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari.

Isu kualiti padang yang kurang memuaskan timbul selepas baginda memuatnaik gambar padang SNBJ tidak lama selepas konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay diadakan.

Advertisements

Ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat bola sepak negara. Ini disebabkan SNBJ merupakan venue aksi final Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Terengganu FC.

Biarpun Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi jaminan isu ini akan ditangani segera, ia masih gagal memuaskan hati penyokong.

Advertisements

Malah, kapten JDT, Jordi Amat menyuarakan rasa tidak puas hati tentang kualiti padang dalam sidang media pra-perlawanan final hari ini.

“Saya harap padang akan jadi lebih bagus sebab sejujurnya, saya tak gembira. Tapi ya, kita lihat macam mana (perkara ini diuruskan),” katanya.

Advertisements

Dengan aksi final Piala Malaysia bakal berlangsung esok, PSM memerlukan keajaiban untuk mengatasi dua cabaran besar di SNBJ bagi memastikan padang kembali ke tahap terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram