SNBJ Hadapi Dua Masalah Besar Kurang 24 Jam Sebelum Final
Piala Malaysia
Destimap
Advertisements

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC bakal menghadapi dua masalah besar berbaki kurang 24 jam sebelum berlangsung.

Sebelum ini, tular gambar berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil yang kelihatan tidak bersedia sekaligus mencetuskan perasaan bercampur-baur dalam kalangan penyokong.

Beberapa jam terbaru juga menyaksikan keadaan padang masih tidak berubah dengan sebahagian permukaan padang masih lagi lopong dan berubah warna.

Advertisements

Ketua pasukan JDT, Jordi Amat mengakui tidak gembira dengan rumput yang dilihatnya pada hari ini sambil berharap agar keadaan baik sahaja menjelang sepak mula esok.

Namun begitu, antara masalah lain yang bakal menganggu rentak permainan pada 8 Disember 2023 adalah hujan lebat sejak seminggu lalu di kawasan Bukit Jalil.

Advertisements

Venue latihan pada 7 Disember 2023 yang dijadualkan berlangsung di SNBJ juga terpaksa diubah ke Stadium Cheras sekaligus menceritakan segalanya.

Sungguhpun pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi takungan air pada permukaan padang, cuaca hujan sudah pasti merencatkan aksi dengan keadaan rumput yang belum sempurna ketika ini.

Advertisements

Aksi final Piala Malaysia 2023 dijadualkan berlangsung pada 9 Disember 2023 jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram