Hannah Yeoh: PSM Akan Pastikan SNBJ Bersedia Bagi Aksi Final Piala Malaysia
Piala Malaysia
FA Malaysia
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dapat digunakan untuk aksi final Piala Malaysia pada 8 Disember ini.

Sebelum ini, ramai peminat bola sepak kurang senang melihat perubahan kualiti padang SNBJ selepas ia digunakan untuk konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay baru-baru ini.

Keadaan padang yang bertukar warna itu turut mengundang perhatian DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Instagram Story baginda.

Advertisements

Dengan satu lagi konsert menampilkan barisan artis Bollywood diketuai Hrithik Roshan bakal berlangsung pada 1 Disember ini, ramai bimbang kualiti padang Zeon Zoysia SNBJ akan lebih terjejas.

Bagaimanapun, Hannah memberi jaminan kepada penyokong bahawa isu ini akan ditangani dengan sebaiknya.

Advertisements

Memandangkan tapak semaian rumput Zeon Zoysia berhampiran dengan SNBJ, proses penggantian tidak akan memerlukan sebarang kos.

“Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti,” katanya hari ini.

Advertisements

Semalam, Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac turut memaklumkan bahawa entiti itu telah menggerakkan proses pemulihan padang untuk aksi final Piala Malaysia.

Malah, PSM memiliki resepi tersendiri bagi memastikan padang dapat digunakan pada 8 Disember ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram