Kerosakan Padang SNBJ Disebabkan Oleh Pembesar Suara Konsert?
Piala Malaysia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Biarpun keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil kurang memuaskan, namun perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dam Terengganu FC esok tetap akan dilangsungkan mengikut jadual.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga telah mengeluarkan permohonan maaf atas apa yang berlaku dan berjanji akan terus komited melakukan penambahbaikan.

Melalui siaran media yang dikeluarkan PSM, mereka mengakui bahawa mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.

Advertisements

Baru-baru ini telah tular foto konsert dan foto keadaan padang dari bahagian atas. Jika dinilai secara lebih teliti, kawasan padang yang mengalami kerosakan adalah kawasan di mana pembesar suara diletakkan ketika Konsert Coldplay berlangsung.

Kerosakan padang yang teruk itu berlaku di bahagian tengah padang yang mana kelihatan kepadatan penonton konsert di bahagian tersebut.

Keadaan padang yang kurang baik itu mengundang rasa kegusaran para penyokong mengenai kelancaran perlawanan akhir esok. Malah keadaan tersebut juga menggusarkan pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ yang menganggap keadaan padang tersebut boleh mendatangkan kecederaan.

Advertisements

Namun segalanya telah pun terjadi dan tidak boleh diundurkan lagi waktu. PSM telah berjanji akan melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan untuk mengelak insiden seperti ini berulang kembali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram