UEFA Siasat Pemain Turki Laung ‘Bebas Palestin’ vs Kelab Israel
MakanBola
FC Midtjylland
Sponsors

Seorang pemain Turki disiasat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana melaungkan slogan ‘Bebas Palestin’ ketika menentang kelab Israel, Maccabi Tel Aviv.

Wartawan sukan, Leyla Hamed mendedahkan pemain tengah FC Midtjylland, Aral Simsir disiasat selepas melaungkan slogan pro-Palestin dalam aksi Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 4 Oktober.

Ad

Bekas pemain FK Jerv itu turut dilaporkan diserang pemain-pemain Maccabi dalam terowong Stadium Partizan selepas tamat perlawanan.

Ad

Simsir turut mengalami kecederaan apabila disiku seorang pemain Israel semasa aksi berkenaan. Susulan itu, Maccabi mendakwa pemain Turki itu melaungkan slogan berbaur ancaman kepada mereka.

Sebaik tuduhan itu timbul, tuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Midtjylland yang juga juara Danish Superliga musim 2023/24.

Ad

Aksi tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 buat wakil Denmark itu. Franculino Dju dan Edward Chilufya mencipta nama sebagai penjaring buat Ulvene.

Ad

Simsir merupakan tonggak utama Midtjylland yang dibimbing pengurus, Thomas Thomasberg. Berdasarkan semakan di Transfermarkt, pemain sayap itu sudah merekodkan 77 penampilan, 14 gol dan 14 bantuan gol.

Ad

Ini bukan kali pertama pemain bola sepak dikenakan tindakan kerana menyatakan sokongan kepada Palestin.

Sebelum ini, pemain pertahanan Algeria, Youcef Atal dikenakan denda AS$49,000 (RM212,000) oleh mahkamah Perancis kerana berkongsi hantaran pro-Palestin.

Manakala pemain sayap Belanda, Anwar El Ghazi ditamatkan kontraknya oleh FSV Mainz kerana pendirian tegasnya terhadap Palestin.

Mainz kemudiannya diarah membayar pampasan sebanyak €1.5 juta (RM7 juta) kepada El Ghazi oleh mahkamah buruh Jerman.