Ads
Eropah
1. FSV Mainz 05

Pemain sayap Belanda, Anwar El Ghazi mengesahkan kelab lamanya, 1. FSV Mainz 05 sudah membayar pampasan berjumlah £1.27 juta (RM7.3 juta) kepada beliau.

Advertisements

Nama bekas pemain sayap Aston Villa itu dikenali ramai apabila menyatakan tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin pada Oktober 2023 di media sosial.

Advertisements

Tindakan El Ghazi mengakibatkan kelab itu pada awalnya mengenakan penggantungan ke atas pemain itu. Meskipun penggantungan kemudiannya ditarik balik oleh Mainz atas alasan pemain tersebut menyatakan kekesalan atas perbuatannya, pendirian El Ghazi terhadap isu Palestin tidak berubah.

Advertisements

Advertisements

Hal ini mendorong Die Nullfunfer menamatkan kontrak beliau meskipun baru menyertai kelab itu dengan kontrak selama dua tahun. Ini mendorong El Ghazi membawa kes itu ke mahkamah.

Dan pada Julai lalu, Mahkamah Buruh Mainz mengarahkan Die Nullfunfer membayar semula gaji bekas pemain Ajax Amsterdam itu dengan kos £1.4 juta (RM8.09 juta). Mainz juga diarah membenarkan El Ghazi kembali beraksi kerana beliau masih memiliki baki kontrak setahun.

Advertisements

Susulan itu, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang bayaran pampasan yang diterima selepas beliau dilepaskan.

El Ghazi dalam satu kenyataan memaklumkan pertarungan undang-undangnya dengan Mainz bukan didorong atas faktor kewangan.

“Selepas menerima bayaran yang besar hari ini dari Mainz, saya ingin menjelaskan bahawa pertarungan undang-undang saya dengan Mainz tidak pernah bagi saya mengenai wang.

“Saya ingin mengambil masa ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mainz untuk dua perkara.
Pertama, untuk membayar kewangan yang besar, €500,000 (RM2.9 juta) yang akan digunakan untuk membiayai projek untuk kanak-kanak di Gaza.

“Saya berharap Mainz, walaupun mereka berulang kali gagal untuk mengelakkan membuat pembayaran yang sepatutnya, merasa lega bahawa mereka melalui saya, menyumbang dari segi kewangan dalam usaha menjadikan kehidupan lebih mudah diharungi buat kanak-kanak Gaza,” katanya di Instagram.

El Ghazi turut memaklumkan kes tersebut turut mendorongnya agar lebih lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Kedua, dalam usaha untuk menutup suara saya, membuatkan suara saya lebih lantang untuk golongan yang tertindas dan tiada suara di Gaza,” tambahnya.

Advertisements

El Ghazi kini sudah mempunyai kelab baru dengan memilih kelab Liga Kejohanan, Cardiff City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram