Kelab Jerman Tamatkan Kontrak Bintang Dunia Kerana Sokong Palestin
Eropah
1. FSV Mainz 05
Advertisements

Kelab Jerman, FSV Mainz mengambil langkah menamatkan kontrak Anwar El Ghazi susulan sokongan berterusan beliau kepada perjuangan rakyat Palestin.

Pengumuman ini dibuat Die Nullfunfer menerusi satu kenyataan ringkas di laman sesawang rasmi mereka awal pagi tadi.

Tindakan drastik ini dibuat selepas El Ghazi menafikan telah memuatnaik kenyataan yang mengatakan beliau telah menarik balik hantaran pro-Palestinnya sebelum ini.

Advertisements

Malah, bekas pemain Aston Villa itu turut menyatakan dengan tegas bahawa beliau akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

El Ghazi sebelum ini telah digantung oleh Mainz susulan tindakannya menyokong Palestin selepas konflik Israel-Palestin tercetus pada 7 Oktober lalu.

Advertisements

“1. FSV Mainz 05 menamatkan kontrak mereka dengan Anwar El Ghazi berkuatkuasa serta-merta pada Jumaat lalu.

“Kelab mengambil tindakan ini sebagai tindak balas kepada komen dan hantaran yang dibuat pemain di media sosial,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

El Ghazi sudah menjangkakan tindakan keras daripada bekas majikannya tentang perkara ini. Bagi beliau, perkara ini kecil saja jika dibandingkan dengan penderitaan yang dialami warga Palestin setiap hari.

“Berdirilah atas kebenaran walaupun itu bermakna perlu berdiri sendirian. Kehilangan mata pencarian saya hanya perkara kecil jika dibandingkan dengan tindakan ganas yang dilancarkan ke atas orang Gaza yang lemah dan tak bersalah,” katanya di Instagram.

Advertisements

El Ghazi sebelum ini menyertai Mainz sebagai ejen bebas selepas meninggalkan kelab Belanda, PSV Eindhoven musim lalu.

Statistik Transfermarkt mendedahkan sepanjang bersama Mainz, beliau telah mencipta tiga penampilan dan satu bantuan gol di Bundesliga.

Pendirian tegas El Ghazi itu mendapat pujian ramai di media sosial kerana terus mempertahankan perjuangan Palestin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram