Ulsan HD Hilang Khidmat Perancang ‘RM8.6 Juta’ Ke China
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara K League 1, Ulsan HD berdepan tugas berat bagi musim 2024 apabila kehilangan khidmat perancang tengah berpengalaman, Valeri Qazaishvili le tangan kelab China.

Pemain berusia 30 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan di bawah kendalian Hong Myung-bo dan membantu pasukan untuk layak ke pusingan kalah mati.

Bintang kelahiran Georgia ini bagaimanapun akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Ulsan Hyundai selepas tidak akan memperkuatkan pasukan bagi musim hadapan.

Advertisements

“Terima kasih atas kasih sayang yang anda tunjukkan kepada saya selama tiga tahun di sini. Saya juga menyayangi kamu lebih daripada kata-kata yang boleh diucapkan. Saya cuba menjadi yang terbaik untuk Ulsan, saya dapat memenangi dua kejuaraan bersama.”

“Tiga tahun yang saya habiskan bersama pasukan ini, liga ini, negara ini adalah masa paling berharga buat saya. Saya cuba menjadi pemain istimewa daripada orang lain. Banyak kasih sayang daripada pasukan ini yang saya tidak akan lupakan,” ujarnya di laman Instagram.

Beberapa laporan dari Korea Selatan memaklumkan bahawa pemain ini sedang dirisik oleh kelab China, Shandong Taishan yang mahu memantapkan pasukan.

Advertisements

Nilai pasaran pemain ini sekitar 1.70 Juta Euro (RM8.9 Juta) dan memiliki keupayaan hebat untuk merencanakan gerakan dari tengah.

Beberapa nama pengganti difahamkan sudah berada dalam radar Ulsan Hyundai yang kini dikenali sebagai Ulsan HD.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram