Arif Aiman Ni Puasa Tapi Selamba Je Tapau Ulsan

Arif Aiman 11 Arif Aiman Ni Puasa Tapi Selamba Je Tapau Ulsan
Johor Southern Tigers

Pertembungan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Ulsan Hyundai menyaksikan JDT berjaya menewaskan wakil dari Korea Selatan itu dengan keputusan 2-1. 

Pemain paling bernilai, Arif Aiman Hanapi menjadi duri dalam daging pasukan dalam melakar kemenangan bersejarah hari ini. Prospek muda negara yang berusia 19 tahun itu acap kali menjadi penggerak dalam merencanakan serangan pasukan. 

Expand player

Kemenjadian Arif terserlah setelah gelecekannya beberapa kali gagal disekat pertahanan Ulsan Hyundai. Beliau begitu tenang, selesa dan licik mengawal bola di kaki meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan. 

Apa yang lebih menarik, sepanjang 90 minit beliau bermain, Arif kekal bertenaga walaupun dalam keadaan sedang berpuasa. Keperibadian terpuji anak jati Pahang ini telah membuka mata ramai dalam membawa mesej indah, menghormati bulan Ramadan dan menjaga kesucian agama Islam.

Individu bernama Arif Aiman inilah yang menjadi wira dalam sinopsis kemenangan pasukan JDT di saat-saat akhir. Pada minit ke-93 permainan, hantaran lintang Arif Aiman telah ditampan masuk pemain pertahanan Ulsan Hyundai yang menyebabkan gol sendiri terhasil. 

Prospek muda negara ini telah membuktikan kemampuan sebenar akan bakat tempatan di pentas Asia. Kemenangan indah buat pasukan JDT ini mampu menjadi permulaan kepada kebangkitan bola sepak Malaysia.