Pendahulu saingan K1 League, Ulsan Hyundai berada dalam fasa kememasan selepas tercicir mata menuju babak akhir saingan liga.
Pertembungan berdepan pasukan tangga kedua liga, Pohang Steelers menambah tekanan buat jaguh Korea itu selepas hanya mampu mengutip satu mata.
Perlawanan yang tamat dengan keputusan 0-0 ini menyerlah lagi ketumpulan jentera serangan pasukan.
Jentera serangan pasukan gagal merobek gawang lawan selain gagal menguasai permainan dengan tekanan yang diberikan oleh lawan.
Keputusan itu menyaksikan Ulsan hanya merekodkan satu kemenangan dari 5 aksi terakhir liga.
Persembahan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagaimanapun bermula penuh gemilang selepas membenam cabaran wakil Thailand, BG Pathum dengan keputusan 3-1 di laman sendiri.
Selepas ini, Ulsan akan berkunjung ke Kawasaki Frontale bagi aksi kedua Kumpulan l ACL sebelum berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ketika ini, pasukan Korea itu hanya dipisahkan 8 maa dengan Pohang Steelers di tangga kedua dan masih berada pada posisi terbaik untuk bergelar juara.