Ulsan Hyundai Sasar Gelaran Juara ACL
ACL
Ulsan Hyundai FC
Advertisements

Kelab gergasi Korea, Ulsan Hyundai berharap dapat mengulangi pencapaian menjulang Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 untuk saingan musim ini.

Ulsan melakukannya pada saingan ACL musim 2020 di bawah bimbingan jurulatih Kim Do-hoon. Sejak itu, The Tigers berdepan kesukaran mengulangi pencapaian tersebut.

Ulsan berjaya mara ke separuh akhir ACL musim 2021 sebelum disingkirkan satu lagi wakil K-League, Pohang Steelers.

Advertisements

Lebih buruk, mereka terkandas di peringkat kumpulan ACL 2022 di mana mereka dua kali diaibkan oleh wakil negara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Justeru, jurulatih The Tigers, Hong Myung-bo berharap mereka akan merekodkan pencapaian lebih bagus kali ini.

“Saya bangga bila Ulsan memenangi ACL. Saya juga bangga menjadi sebahagian daripada Ulsan. Setiap perlawanan dianggap mencabar. BG Pathum sudah pasti menganalisis lawan semasa undian kumpulan dibuat.

Advertisements

“Kita akan pastikan kita akan beri yang terbaik dalam perlawanan esok untuk dapatkan keputusan yang kita inginkan,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini seperti dilaporkan Chosun Sports.

Myung-bo mengakui kempen buruk ACL musim lepas bersifat sekali sahaja. Ini kerana dengan kembalinya format home dan away, saingan di peringkat kumpulan dijangka seimbang membabitkan semua pasukan.

Advertisements

“Kesemua perlawanan (ACL) sejak dua musim lepas dibuat di tempat lawan. Pemain-pemain berkualiti telah menyertai pasukan dan saya fikir pasukan kali ini lebih kuat.

“Kejohanan kini diadakan mengikut format home dan away. Dari satu segi, kita berharap dapat meraih kemenangan di tempat sendiri esok,” tambahnya.

Advertisements

Ulsan bakal berdepan BG Pathum United esok di Stadium Bola Sepak Munsu untuk aksi pertama Kumpulan I ACL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram